Posts

Showing posts from January, 2023

PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM PASANG WATER HEATER/PEMANAS AIR

Image
Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu sebelum memasang pemanas air mandian di rumah atau pejabat: 1. Saiz kabel pada suis soket alir keluar/socket outlet. - Ini penting untuk memastikan pemanas air yang bakal dipasang nanti berfungsi dengan cekap tanpa merosakkan kabel elektrik tersebut.Sekiranya kabel yang tersedia dengan saiz yang kecil cth:2.5mm², kemudian pemanas air pula dipasang dengan kapasiti yang besar cth:>4kW maka ia akan merosakkan kabel tersebut sedikit demi sedikit(kerana beban lebih) yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan kebakaran litar pintas melalui pembakaran kabel elektrik. 2. Suis Pemanas Air Luar. - Suis ini hendaklah terdapat di luar(biasanya ditepi pintu masuk bilik air).Ia mestilah mempunyai saiz kabel yang sama dengan yang terdapat pada soket alir keluar tadi.Ia sebenarnya berfungsi untuk menyambung atau memutuskan bekalan elektrik pada soket alir keluar pemanas air mandian.Jika suis ini tidak terdapat di tempat tersebut,hendaklah diambil langkah se...