PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM PASANG WATER HEATER/PEMANAS AIR

Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu sebelum memasang pemanas air mandian di rumah atau pejabat:

1.Saiz kabel pada suis soket alir keluar/socket outlet.
- Ini penting untuk memastikan pemanas air yang bakal dipasang nanti berfungsi dengan cekap tanpa merosakkan kabel elektrik tersebut.Sekiranya kabel yang tersedia dengan saiz yang kecil cth:2.5mm², kemudian pemanas air pula dipasang dengan kapasiti yang besar cth:>4kW maka ia akan merosakkan kabel tersebut sedikit demi sedikit(kerana beban lebih) yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan kebakaran litar pintas melalui pembakaran kabel elektrik.
2.Suis Pemanas Air Luar.
- Suis ini hendaklah terdapat di luar(biasanya ditepi pintu masuk bilik air).Ia mestilah mempunyai saiz kabel yang sama dengan yang terdapat pada soket alir keluar tadi.Ia sebenarnya berfungsi untuk menyambung atau memutuskan bekalan elektrik pada soket alir keluar pemanas air mandian.Jika suis ini tidak terdapat di tempat tersebut,hendaklah diambil langkah selamat dengan memanggil 'orang' elektrik bagi memastikan terdapat suatu mekanisme pemutus bekalan,suis atau seumpamanya berada sebelum pemanas air dalam bilik mandi.
3.Soket alir keluar/socket oulet/Plak/Plug.
- Benda ini ramai orang menggelarkannya Plug/Plak namun sebenarnya nama teknikalnya ialah soket alir keluar.Ia berfungsi juga sebagai penyambung bekalan atau pemutus bekalan selepas suis pemanas air tadi tetapi dengan teknikal yang berbeza.Dari segi mekanikal ia mempunyai 3 terminal penyambung bekalan.Dari segi keterdapatan pula ia mestilah berada pada dinding dan pada kedudukan yang lebih tinggi dari pili air pancur mandian.Ini bertujuan bagi mengelakkan berlaku pancuran air langsung kepada soket tersebut yang seterusnya boleh mencetuskan kebocoran arus atau 'electrical shortage'.Ia juga mempunyai pasangan mekanikal iaitu plug top.Plug top inilah sebenarnya yang mencetuskan orang ramai memanggil soket sebagai plug.Kedua peralatan ini tak boleh dipisahkan kerana ia saling memerlukan.
Jadi,apa perlunya suis pemanas air mandian kalau fungsinya sudah terdapat pada soket alir keluar? Ia amat perlu untuk ada kerana.. walaupun ia mempunyai mekanisme pemutus bekalan/penyambung bekalan yang hampir sama tetapi LOKASI soket alir keluar yang dipasang dalam bilik air(sudut lebih tinggi) akan menyukarkan akses untuk menutup bekalan elektrik ketika berlaku kebocoran arus pada peralatan elektrik.
Sekian.
Tak faham jugak??
Call 60193877837 untuk free consult dan pemasangan water heater bilik air anda.




Comments

Popular posts from this blog

Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point