Posts

PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM PASANG WATER HEATER/PEMANAS AIR

Image
Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu sebelum memasang pemanas air mandian di rumah atau pejabat: 1. Saiz kabel pada suis soket alir keluar/socket outlet. - Ini penting untuk memastikan pemanas air yang bakal dipasang nanti berfungsi dengan cekap tanpa merosakkan kabel elektrik tersebut.Sekiranya kabel yang tersedia dengan saiz yang kecil cth:2.5mm², kemudian pemanas air pula dipasang dengan kapasiti yang besar cth:>4kW maka ia akan merosakkan kabel tersebut sedikit demi sedikit(kerana beban lebih) yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan kebakaran litar pintas melalui pembakaran kabel elektrik. 2. Suis Pemanas Air Luar. - Suis ini hendaklah terdapat di luar(biasanya ditepi pintu masuk bilik air).Ia mestilah mempunyai saiz kabel yang sama dengan yang terdapat pada soket alir keluar tadi.Ia sebenarnya berfungsi untuk menyambung atau memutuskan bekalan elektrik pada soket alir keluar pemanas air mandian.Jika suis ini tidak terdapat di tempat tersebut,hendaklah diambil langkah se...

Pendawaian String Light & Sport Light Signboard Beserta Lampu Hiasan aka Deco Lights

Kerja ini melibatkan perkara berikut: 1.Fitting 3 nos deco light c/w minor wiring. 2.Wiring 2.5mm² cable string light c/w 17 bulbs & accesories underneath signboard. 3.Install 2 nos LED sport light c/w bracket & wiring. Terima kasih menggunakan khidmat kami. Berminat Call 0193877837 Untuk Sebutharga

Elektrikal Servis : Pemasangan Water Heater Jenama Sharp Aquaforce WH-P315N 3.8kW Built In Pump

Kali ini customer request tukar water heater sedia ada kepada yang baru dari jenama Alpha kepada Sharp.Jenis lama juga menggunakan built in pump malah lebih besar namun hayat sudah sampai. Kita tambah sedikit pendawaian beserta socket 15A untuk lebih perlindungan kepada water heater ini kerana yang sedia ada tidak tersedia.Holder sedia ada owner kata tinggalkan sahaja kat situ kerana melibatkan kerja tiles. Alhamdulillah selesai.Terima kasih guna khidmat kami.  

Pendawaian & Pemasangan Water Heater(tanpa pump) Brand Toshiba 3.8kW.

Seperti biasa kami menggunakan kabel 4mm² bagi pendawaian water heater dengan spesifikasi begini. Kebanyakan customer tidak tahu bahawa pemasangan water heater sebenarnya perlu mengambil kira saiz kabel bekalan pada socket outlet/plug bilik air masing-masing.Kerap kali customer membeli water heater mengikut keinginan/keperluan keluarga semata-mata.Namun begitu,adalah tidak boleh untuk menyalahkan customer dalam hal ini kerana tidak semua orang mengambil berat akan perkara tersebut. Apa yang kami sebagai installer boleh buat ialah memaklumkan customer tentang betapa pentingnya menggunakan water heater yang sesuai dengan saiz/kapasiti kabel socket-plug yang sedia ada di bilik air mereka.Kalau perlu,kami juga menceritakan standard pemasangan elektrik yang diguna pakai seluruh negara.Kami juga menjelaskan kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya pepasangan yang dibuat tidak mengikut standard keselamatan dan kewajipan kapasiti water heater atau kabel yang betul. Untuk socket outlet plug bi...

Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point

Kerja kali ini tak banyak gambar yang sempat diambil.Dah selesai baru ingat gambar dari mula tak diambil.Jadi kita up kan saja gambar yang mana ada. Ok pemasangan water heater ni sebenarnya kita tak jangka.Maksudnya diluar jangkaan.Tak banyak info asas yang kami dapat sebelumnya. Apabila mendapat customer yang request untuk pasang water heater,kebiasaannya kami akan tanya lebih detail soalan asas yang perlu ditanya.Kerana tanpa input atau info asas ini maka ada risiko untuk melambatkan proses kerja. Perkara asas yang biasa kami tanya ialah: i. Point soket dalam toilet. ii.Point suis water heater kat luar toilet. iii.Kapasiti atau spesifikasi water heater. iv.Pemasangan baru atau penggantian unit sedia ada(upgrade). Soalan diatas sangat memainkan peranan penting sebelum kita terus datang ke premis/rumah customer. Kenapa tanpa info dari soalan diatas akan melambatkan kerja?? Ok ceritanya begini.Dalam setiap rumah yang pelbagai jenis,di Malaysia ini khususnya..untuk perumahan baru kebias...

Pemasangan Dan Pendawaian Lampu Barber Shop Pole Light Puncak Alam.

Kerja pemasangan lampu ini boleh dibuat dengan dua cara.Cara pertama ialah dengan mengambil bekalan elektrik dari lampu signboard kedai yang sedia ada.Iaitu menyambung bekalan kuasa dari kabel supply yang telah disediakan untuk signboard kedai tersebut.Cara ini adalah lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pemasangan suis berasingan.Hanya berkongsi suis dari lampu signboard sedia ada. Manakala cara kedua ialah memasang kabel lampu dari kotak fius dalam premis beserta suis.Cara ini lebih rumit kerana kita akan memasang wayar dari dalam premis hingga ke luar kedai yakni lokasi lampu tersebut.Sekiranya laluan kabel mempunyai halangan yang banyak seperti kabel pepasangan cctv,peralatan aircond dan sebagainya,proses untuk menyiapkan kerja ini akan bertambah lama. Namun sekiranya pemilik premis menghendaki lampu tersebut beroperasi berasingan,maka akan ada penambahan perkakas atau device lain yang perlu digunakan. Terima kasih guna khidmat kami. Call 0193877837

Relocate Wiring Socket Outlet & Suis Lampu Serta Drain Pipe Aircond

Relocate wiring soket outlet & suis lampu beserta drain pipe aircond. Soket lama ganti kepada socket outlet jenis weatherproof.Conceal wiring socket outlet ini memang kerja yang berdebu sebab kita terpaksa hacking setiap laluan kabel dari point awal hingga ke point akhir.Setiap laluan mestilah dipastikan cukup ruangnya untuk kerja menyimen semula paip conduit yang dimasukkan.Kerja sebegini kebanyakan pekerja baru kurang minat kerana mereka akan jadi kotor dengan debu.Bak cerita p.ramlee 'muka macam tepung gomak'. Kerja sebegini kebanyakan installer akan terpaksa membuka harga yang lebih tinggi dari upah biasa pendawaian kerana ia bukan saja menjadikan badan kotor malah terpaksa membersihkan semula kesan kotoran tersebut sehingga customer berpuas hati.Itulah antara perkara yang mesti diambil kira dalam menyiapkan sebarang kerja sebegini.Finishing works memang akan menjadi perhatian sesiapa pun customer kita. Terima kasih menggunakan khidmat kami.Call 0193877837.