Posts

Showing posts from December, 2022

Pendawaian String Light & Sport Light Signboard Beserta Lampu Hiasan aka Deco Lights

Kerja ini melibatkan perkara berikut: 1.Fitting 3 nos deco light c/w minor wiring. 2.Wiring 2.5mm² cable string light c/w 17 bulbs & accesories underneath signboard. 3.Install 2 nos LED sport light c/w bracket & wiring. Terima kasih menggunakan khidmat kami. Berminat Call 0193877837 Untuk Sebutharga

Elektrikal Servis : Pemasangan Water Heater Jenama Sharp Aquaforce WH-P315N 3.8kW Built In Pump

Kali ini customer request tukar water heater sedia ada kepada yang baru dari jenama Alpha kepada Sharp.Jenis lama juga menggunakan built in pump malah lebih besar namun hayat sudah sampai. Kita tambah sedikit pendawaian beserta socket 15A untuk lebih perlindungan kepada water heater ini kerana yang sedia ada tidak tersedia.Holder sedia ada owner kata tinggalkan sahaja kat situ kerana melibatkan kerja tiles. Alhamdulillah selesai.Terima kasih guna khidmat kami.  

Pendawaian & Pemasangan Water Heater(tanpa pump) Brand Toshiba 3.8kW.

Seperti biasa kami menggunakan kabel 4mm² bagi pendawaian water heater dengan spesifikasi begini. Kebanyakan customer tidak tahu bahawa pemasangan water heater sebenarnya perlu mengambil kira saiz kabel bekalan pada socket outlet/plug bilik air masing-masing.Kerap kali customer membeli water heater mengikut keinginan/keperluan keluarga semata-mata.Namun begitu,adalah tidak boleh untuk menyalahkan customer dalam hal ini kerana tidak semua orang mengambil berat akan perkara tersebut. Apa yang kami sebagai installer boleh buat ialah memaklumkan customer tentang betapa pentingnya menggunakan water heater yang sesuai dengan saiz/kapasiti kabel socket-plug yang sedia ada di bilik air mereka.Kalau perlu,kami juga menceritakan standard pemasangan elektrik yang diguna pakai seluruh negara.Kami juga menjelaskan kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya pepasangan yang dibuat tidak mengikut standard keselamatan dan kewajipan kapasiti water heater atau kabel yang betul. Untuk socket outlet plug bi...

Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point

Kerja kali ini tak banyak gambar yang sempat diambil.Dah selesai baru ingat gambar dari mula tak diambil.Jadi kita up kan saja gambar yang mana ada. Ok pemasangan water heater ni sebenarnya kita tak jangka.Maksudnya diluar jangkaan.Tak banyak info asas yang kami dapat sebelumnya. Apabila mendapat customer yang request untuk pasang water heater,kebiasaannya kami akan tanya lebih detail soalan asas yang perlu ditanya.Kerana tanpa input atau info asas ini maka ada risiko untuk melambatkan proses kerja. Perkara asas yang biasa kami tanya ialah: i. Point soket dalam toilet. ii.Point suis water heater kat luar toilet. iii.Kapasiti atau spesifikasi water heater. iv.Pemasangan baru atau penggantian unit sedia ada(upgrade). Soalan diatas sangat memainkan peranan penting sebelum kita terus datang ke premis/rumah customer. Kenapa tanpa info dari soalan diatas akan melambatkan kerja?? Ok ceritanya begini.Dalam setiap rumah yang pelbagai jenis,di Malaysia ini khususnya..untuk perumahan baru kebias...

Pemasangan Dan Pendawaian Lampu Barber Shop Pole Light Puncak Alam.

Kerja pemasangan lampu ini boleh dibuat dengan dua cara.Cara pertama ialah dengan mengambil bekalan elektrik dari lampu signboard kedai yang sedia ada.Iaitu menyambung bekalan kuasa dari kabel supply yang telah disediakan untuk signboard kedai tersebut.Cara ini adalah lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pemasangan suis berasingan.Hanya berkongsi suis dari lampu signboard sedia ada. Manakala cara kedua ialah memasang kabel lampu dari kotak fius dalam premis beserta suis.Cara ini lebih rumit kerana kita akan memasang wayar dari dalam premis hingga ke luar kedai yakni lokasi lampu tersebut.Sekiranya laluan kabel mempunyai halangan yang banyak seperti kabel pepasangan cctv,peralatan aircond dan sebagainya,proses untuk menyiapkan kerja ini akan bertambah lama. Namun sekiranya pemilik premis menghendaki lampu tersebut beroperasi berasingan,maka akan ada penambahan perkakas atau device lain yang perlu digunakan. Terima kasih guna khidmat kami. Call 0193877837

Relocate Wiring Socket Outlet & Suis Lampu Serta Drain Pipe Aircond

Relocate wiring soket outlet & suis lampu beserta drain pipe aircond. Soket lama ganti kepada socket outlet jenis weatherproof.Conceal wiring socket outlet ini memang kerja yang berdebu sebab kita terpaksa hacking setiap laluan kabel dari point awal hingga ke point akhir.Setiap laluan mestilah dipastikan cukup ruangnya untuk kerja menyimen semula paip conduit yang dimasukkan.Kerja sebegini kebanyakan pekerja baru kurang minat kerana mereka akan jadi kotor dengan debu.Bak cerita p.ramlee 'muka macam tepung gomak'. Kerja sebegini kebanyakan installer akan terpaksa membuka harga yang lebih tinggi dari upah biasa pendawaian kerana ia bukan saja menjadikan badan kotor malah terpaksa membersihkan semula kesan kotoran tersebut sehingga customer berpuas hati.Itulah antara perkara yang mesti diambil kira dalam menyiapkan sebarang kerja sebegini.Finishing works memang akan menjadi perhatian sesiapa pun customer kita. Terima kasih menggunakan khidmat kami.Call 0193877837.

Baikpulih Wiring Pembumian Penangkap Kilat Beserta Earth Chamber

Kerja pemasangan ground cable beserta earth chamber.Customer complaint kerap berlaku trip bila kilat atau guruh.Pemeriksaan mendapati kabel sedia ada menggunakan saiz kecil sahaja.Jadi kita bagi saiz 6mm terus alang-alang nak bagi grounding cantik.Lepas ni kita check bacaan Ohm grounding dia.Laluan kabel kita buat conceal wiring sebelah laluan lama Call 0193877837 

Servis Memasang Pendawaian Lampu Beserta Fitting Lampu Pagar Rumah

Pemasangan wiring lampu pagar rumah dan lampu peti surat/nombor rumah.Conseal wiring dibuat untuk menanam wire ke dalam dinding pagar dan laluan lantai.Lampu pagar dipasang adalah jenis hybrid iaitu solar dan elektrik.Ia menggunakan kedua-dua sumber tenaga tersebut. Terima kasih menggunakan khidmat kami Call 0193877837 untuk pemasangan lampu pagar anda.

Pemasangan Tiang Lampu Jalan Beserta Fitting Wire Dan Fius

Through back pemasangan lampu jalan.Boleh refer gambar untuk susunan kerja yang kami buat

Elektrikal Servis:Fitting Lampu Jalan Kg Parit Serong Tanjung Karang

Kerja ini sememangnya memerlukan seseorang yang mampu berada pada ketinggian yang lebih 30 kaki.Admin sangat menggalakkan kalau ada pekerja muda yang berminat dalam kerja di tempat tinggi sebegini kerana ia memberi pengalaman yang manis kepada pekerja sebegini.Tidak ramai yang mempunyai peluang bekerja tempat tinggi sebegini.Sebab itulah admin seronok bila dapat berada di tempat tinggi waktu ni.Ilmu yang dapat dan perasaan adrenalin badan kita sewaktu berada di atas tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Sebelum kerja fitting ini dibuat,terlebih dahulu kami telah mematikan bekalan kepada lampu jalan tersebut.Kemudian kita telah pastikan timer yang disambungkan dimatikan juga sementara.Seterusnya barulah kita memulakan kerja pemasangan lampu-lampu ini.Kerjanya mudah tapi ketinggian dan berat untuk menampung unit lampu diketinggian hampir 30 kaki atau lebih itu sebenarnya yang membuatkan kerja lebih perlahan.

Pemasangan Mini Water Pump 65W-Automatik

  Pemasangan mini water pump 65W jenis automatik.Water pump ini hanya dipasang pada setiap outlet seperti pili air sinki,pili air bilik mandi atau pili air outdoor.Barang owner beli sendiri,tinggal kita buat satu socket outlet 13A dan pasangkan aje..Terima kasih guna khidmat kami.

Kerja Elektrikal Pemasangan Water Heater Jenis Built In DC Pump

Pemasangan satu unit water heater jenama Toshiba yang dilengkapi dc pump and rain shower.Maksudnya water heater jenis ini didatangkan dengan built in water pump beserta paip rain shower sekali.Mengikut pemerhatian admin,pump jenis ini beroperasi apabila ia mengesan terdapatnya air mencukupi dari inlet. Pemasangan water heater hendaklah mengambil kira penggunaan kabel yang mengikut piawaian elektrik yang sepatutnya supaya ia tidak cepat rosak dan selamat untuk pengguna.Dalam kerja kali ini pendawaian sedia ada menggunakan kabel saiz 4mm² adalah cukup untuk membawa beban dari penggunaan water heater 3.8kW tersebut.Dari segi pemasangan pula kami sebagai orang kompeten elektrik telah cuba terbaik dari segi operational dan kekemasan pemasangannya.Alhamdulillah selesai.Terima kasih customer guna khidmat kami. #kualitiadalahtestimoniterbaik Sebarang pertanyaan boleh call kami 0193877837 atau klik je link ni https://wa.me/message/F46WSD5CFMRMN1  

Servis Pasang Water Pump Beserta Pendawaian Power Plug

Tukar pam air automatik untuk rumah kediaman dan pasang pvc paip beserta tarik wiring surface untuk suis pam air menggunakan kabel 2.5mm.Automatik water pump ini diganti sebab yang lama sudah tidak efisien(sensor rosak).Kerja water pump begini kena pandai panjat siling la sebab pam ini kat atas siling.Fungsinya of course untuk feed air dari tangki rumah ke semua bilik air.Terima kasih guna khidmat kami. Sebarang pertanyaan untuk kerja elektrikal atau aircond boleh call 0193877837 atau klik je link berikut. https://wa.me/message/F46WSD5CFMRMN1

Pasang Water Heater Beserta Pendawaian Elektrik

Through back kerja pendawaian untuk water heater 3.6kw.Kita pasang ikut prosedur yang betul mengikut peraturan elektrik.Tarik surface wiring(pendawaian jenis permukaan) dari Distribution Board hinga ke bilik air.Yang penting prosedur yang betul dan pendawaian yang selamat dan kemas untuk kegunaan jangka masa panjang.Installer pula orang kompeten elektrik.Terima Kasih owner. Sebarang pertanyaan boleh call kami 0193877837

Electrical Services Near Me : Wiring Bahagian Dapur Rumah

Kali ini admin nak post throughback kerja pendawaian elektrik sebuah kediaman di Alam Budiman.Wiring bahagian dapur sahaja lampu downlight,soket outlet,exhaust fan, water heater beserta penambahan sub-DB baru.Kami telah buat yang terbaik untuk memastikan pendawaian elektrik yang mengikut piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga beserta memastikan kekemasan hasil kerja.Alhamdulillah owner berpuashati dengan hasil kerja kami. Surface Wiring using Pvc: 1.Wiring Lightings(downlight). 2.Wiring Ceiling Fan +hook(5 blade). 3.Wiring Exhaust Fan. 4.Wiring Socket Outlet 13A & 15A. 5.Wiring Water Heater. 6.Install DB Single Phase 10way c/w fitting. 7.Install sub-main cable. 8.Replace ceiling fan 3 blade to new 5 blade fan. Sesiapa yang memerlukan kerja pendawaian elektrik untuk rumah atau lot kedai dipersilakan hubungi kami 0193877837.  

Elektrikal Servis Puncak Alam : Pemasangan Sub Distribution Board & Sub Meter

Kali ini kita throughback kerja elektrikal ni.Kalau owner dia ada tengok gambar ni,terima kasih kami ucapkan kerana menggunakan servis kami.Yang pasti kami dah buat yang terbaik untuk kerja tambah Sub-DB dan Sub Meter berserta divert power kepada lampu dan soket sedia ada.Dengan adanya Sub Meter ,selepas ini dapat la owner kira penggunaan current setiap lot penyewa beliau.Ownernya baik hati. Untuk kerja ni apa yang kami buat adalah kami pasang wiring baru jenis surface pvc atas permintaan pelanggan.Wiring baru ini dipasang bersama lampu sedia ada namun dari sumber bekalan elektrik baharu(pengasingan sub DB).Penggunaan wire yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik Malaysia dan installer pula adalah salah seorang pemegang lesen kompeten elektrik yang terdapat di negara kita. Alhamdulillah beberapa jam je dah settle semua. Berminat untuk pasang sub meter dan Sub DB macam ini boleh call kami 0193877837

Electrical Services Near Me

Kami menyediakan servis berkaitan kerja elektrikal seperti pemasangan lampu,kipas dinding,kipas siling,soket outlet,water heater,kitchen hood,exhaust fan,sub meter panel,sub DB panel,pendawaian elektrik 1 fasa & 3 fasa,pemasangan lampu pagar,lampu jalan,overhead underground cable,copper tape grounding,earth chamber,penangkap kilat dan lain-lain.Kami juga membuat kerja penyelengaraan genset dan servis breaker pepasangan LV/HT untuk bangunan.  Others: Servis tangki air,pasang penapis air indoor outdoor,pasang langsir,frame gambar,tebuk lubang frame gambar dan lain-lain Contact 0193877837/fzselectrical@gmail.com