Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point
Kerja kali ini tak banyak gambar yang sempat diambil.Dah selesai baru ingat gambar dari mula tak diambil.Jadi kita up kan saja gambar yang mana ada.
Apabila mendapat customer yang request untuk pasang water heater,kebiasaannya kami akan tanya lebih detail soalan asas yang perlu ditanya.Kerana tanpa input atau info asas ini maka ada risiko untuk melambatkan proses kerja.
Perkara asas yang biasa kami tanya ialah:
i. Point soket dalam toilet.
ii.Point suis water heater kat luar toilet.
iii.Kapasiti atau spesifikasi water heater.
iv.Pemasangan baru atau penggantian unit sedia ada(upgrade).
Soalan diatas sangat memainkan peranan penting sebelum kita terus datang ke premis/rumah customer.
Kenapa tanpa info dari soalan diatas akan melambatkan kerja??
Ok ceritanya begini.Dalam setiap rumah yang pelbagai jenis,di Malaysia ini khususnya..untuk perumahan baru kebiasaannya sudah tersedia point soket dan suis water heater dekat tandas masing². Namun untuk perumahan lama atau persendirian atau rumah kampung,pemasangan point soket dan suis water heater tersebut tidak disediakan.
Oleh yang demikian sekiranya kita berurusan dengan pemilik rumah yang tak menyediakan item i & ii seperti diatas,maka kita terpaksa membuat pemasangan baru( tarik wayar baru) untuk suis water heater beserta soket dalam bilik air.Inilah yang buat lambat!
Untuk item iii pula,sekiranya kita tiada info tersebut ia akan merisikokan kita kepada tersilap dalam membuat pemasangan kabel(mengikut piawaian).Saiz kabel yang dipasang hendaklah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau sekurang-kurangnya saiz kabel itu masih boleh mengalirkan elektrik dengan selamat kepada water heater yang dipasang sesuai dengan spesifikasinya.Jika sekiranya kabel sedia ada atau kabel yang baru dipasang untuk soket & suis water heater tadi tidak mengikut piawaian, maka ia akan memberi kesan dari segi ketahanan kabel seterusnya merisikokan pengguna.Maksudnya tak 'match' antara water heater dengan kabel elektrik yang dipasang untuk soket dan suis water heater tersebut..
Untuk item iv pula..kita mesti tahu samada customer nak pasang baru @ upgrade kerana ia juga melibatkan kesesuaian jenis water heater yang bakal digunapakai berbanding kabel sedia ada..Kalau kabel soket outlet sedia ada ialah saiz biasa maka tidak boleh la nak upgrade water heater lebih dari kadar kapasiti kabel tersebut melainkan terpaksa upgrade sekali saiz kabelnya.
Sekian
Call 0193877837
Comments
Post a Comment