Pemasangan Dan Pendawaian Lampu Barber Shop Pole Light Puncak Alam.

Kerja pemasangan lampu ini boleh dibuat dengan dua cara.Cara pertama ialah dengan mengambil bekalan elektrik dari lampu signboard kedai yang sedia ada.Iaitu menyambung bekalan kuasa dari kabel supply yang telah disediakan untuk signboard kedai tersebut.Cara ini adalah lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pemasangan suis berasingan.Hanya berkongsi suis dari lampu signboard sedia ada.
Manakala cara kedua ialah memasang kabel lampu dari kotak fius dalam premis beserta suis.Cara ini lebih rumit kerana kita akan memasang wayar dari dalam premis hingga ke luar kedai yakni lokasi lampu tersebut.Sekiranya laluan kabel mempunyai halangan yang banyak seperti kabel pepasangan cctv,peralatan aircond dan sebagainya,proses untuk menyiapkan kerja ini akan bertambah lama.
Namun sekiranya pemilik premis menghendaki lampu tersebut beroperasi berasingan,maka akan ada penambahan perkakas atau device lain yang perlu digunakan.

Terima kasih guna khidmat kami.
Call 0193877837

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point

PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM PASANG WATER HEATER/PEMANAS AIR