Pendawaian & Pemasangan Water Heater(tanpa pump) Brand Toshiba 3.8kW.
Seperti biasa kami menggunakan kabel 4mm² bagi pendawaian water heater dengan spesifikasi begini.
Kebanyakan customer tidak tahu bahawa pemasangan water heater sebenarnya perlu mengambil kira saiz kabel bekalan pada socket outlet/plug bilik air masing-masing.Kerap kali customer membeli water heater mengikut keinginan/keperluan keluarga semata-mata.Namun begitu,adalah tidak boleh untuk menyalahkan customer dalam hal ini kerana tidak semua orang mengambil berat akan perkara tersebut.
Apa yang kami sebagai installer boleh buat ialah memaklumkan customer tentang betapa pentingnya menggunakan water heater yang sesuai dengan saiz/kapasiti kabel socket-plug yang sedia ada di bilik air mereka.Kalau perlu,kami juga menceritakan standard pemasangan elektrik yang diguna pakai seluruh negara.Kami juga menjelaskan kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya pepasangan yang dibuat tidak mengikut standard keselamatan dan kewajipan kapasiti water heater atau kabel yang betul.
Untuk socket outlet plug bilik air pula, kami selalu sarankan kepada customer untuk memasang Socket Cover jenis kalis air agar tidak berlaku 'shortage' sekiranya air tersimbah pada socket plug dengan tidak sengaja.
Pesanan kami kepada pengguna di luar sana agar carilah penyedia servis/technician/contractor yang tahu Peraturan Elektrik agar pepasangan dirumah anda selamat.
Sekian.
Call 0193877837 Untuk Sebut Harga
Comments
Post a Comment