Elektrikal Servis:Fitting Lampu Jalan Kg Parit Serong Tanjung Karang

Kerja ini sememangnya memerlukan seseorang yang mampu berada pada ketinggian yang lebih 30 kaki.Admin sangat menggalakkan kalau ada pekerja muda yang berminat dalam kerja di tempat tinggi sebegini kerana ia memberi pengalaman yang manis kepada pekerja sebegini.Tidak ramai yang mempunyai peluang bekerja tempat tinggi sebegini.Sebab itulah admin seronok bila dapat berada di tempat tinggi waktu ni.Ilmu yang dapat dan perasaan adrenalin badan kita sewaktu berada di atas tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Sebelum kerja fitting ini dibuat,terlebih dahulu kami telah mematikan bekalan kepada lampu jalan tersebut.Kemudian kita telah pastikan timer yang disambungkan dimatikan juga sementara.Seterusnya barulah kita memulakan kerja pemasangan lampu-lampu ini.Kerjanya mudah tapi ketinggian dan berat untuk menampung unit lampu diketinggian hampir 30 kaki atau lebih itu sebenarnya yang membuatkan kerja lebih perlahan.

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Water Heater 3.8kW Brand Midea Beserta Wiring Power Plug Point

PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM PASANG WATER HEATER/PEMANAS AIR